Maulid @IKIMfm

RM20.00

Out of stock

Product Description

Maulid@IKIMfm merupakan sebuah program berbentuk bual bicara yang mengabungkan elemen tazkirah atau tausiyah bersama seorang Ustaz dan selingan persembahan alunan qasidah oleh kumpulan qasidah yang diundang ke studio untuk bersiaran secara langsung. Ianya dinamakan “Maulid” sebagai mengambil sempena pelbagai qasidah, berzanji dan mahaban yang dikarang kesemuanya dimulakan dengan kisah-kisah peristiwa keliharan (Maulid) Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW.

Maulid@IKIMfm menampilkan Al-Fadhil Ustaz Muhadir Hj. Joll, seorang pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) sebagai penyampai tazkirah atau tausiyah yang berkongsi kisah-kisah bermula dari kelahiran Baginda SAW, keistimewaan Baginda SAW. Melalui perkongsian kisah-kisah ini akan membawa pendengar mengenali Baginda SAW dengan lebih dekat dan menghayati perjuangan Baginda SAW.

Usaha ini diharap akan mampu mendorong kita untuk mengikut jejak langkah Baginda SAW dan mencintai Baginda SAW, kerana seperti kata pepatah “tak kenal maka tak cinta”.

Maulid@IKIMfm bersiaran pada setiap hari khamis, 10.15 malam dan diterbitkan oleh Dj. Mohd Faiz Hj. Othman, Penerbit Rancangan IKIMfm.

CD yang berasa di tangan anda sekarang ini merupakan kompilasi MAulid@IKIMfm sepertimana yang bersiaran diKIMfm dengan sedikit suntingan bagi menjaga hakcipta pihak lain. Ianya diterbitkan semula bagi memenuhi permintaan pendengar agar rancangan yang diminati ramai ini dipelihara untuk manafaat yang berpanjangan.

Additional information

Weight 0.1 kg
SKU: CD-MAUIKIMFM Category: , Tags: ,

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Maulid @IKIMfm”