Fitrah Aidilfitri (Single)

RM0.00

Product Description

Album Fitrah Aidilfitri (Single) – Merupakan single sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, sebagai tanda terima kasih pada sokongan para pendengar setia IKIMfm. Semoga FITRAH AIDILFITRI menjadi inspirasi kita dibulan Syawal…bulan kemenangan. Jazakallah. Muat turun album single ini secara PERCUMA di http://niaga.tvikim.my sekarang! Panduan: Anda bakal menerima emel beserta pautan untuk memuat turun fail lagu “Fitrah Aidilfitri” selepas proses “Checkout”. (*Album ini hanya boleh dimuat turun dalam temboh terhad!)

FITRAH AIDILFITRI – PENYAMPAI IKIMFM (LIRIK)

Kini tiba masanya

Rai kemenangan kita semua

Syahdu takbir bergema

Agungkan tuhan yang maha esa

Miskin dan kaya tua dan muda

Bermaafan hapus sengketa

Hati gembira syukur di jiwa

Yang susah jangan dilupa

Tiba hari lebaran

Disambut meriah semua insan

Kita ikhlaskan jiwa

Di hari raya penuh ceria

Usah dilupa pada yang tiada

Rindukan yang jauh di mata

Saling berkunjung jadi amalan

Ukhuwah kita eratkan

Fitrah Aidilfitri

Sama kita hayati

Salah dan kesilapan kita maafi

Fitrah Aidilfitri

Bahagia saling memberi

Nikmat dan kurniaan sama syukuri

You may also like…

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Fitrah Aidilfitri (Single)”